BULAN SYA’BAN

Assalamu’alaikum Warohmatullahi Wabarokatuhu.., Sahabat – sahabatku Fillah yang dimuliakan Allah Swt .

Sya’ban adalah bulan perantaraan antara bulan Rejab dan Ramadhan. Marilah sama-sama mempertingkatkan ibadah agar sampai kita ketemu dengan Bulan Ramadhan yang penuh dengan nikmat & barakah.

Semoga segala amalan kita mendapat keredhaanNya, Insya Allah, Amin.

Kelebihan Bulan Sya’ban.
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a daripada Nabi S.A.W bahawa baginda S.A.W telah bersabda maksudnya:
Sya’ban adalah bulanku, Rajab adalah bulan Allah, Ramadan adalah bulan umatku Sya’ban adalah bulan ditukar kejahatan dengan kebaikkan dan Ramadan adalah pembersih segala dosa.
Hari-hari terbahagi kepada tiga iaitu hari semalam,hari ini dan esok. Hari ini adalah amal, esok adalah angan-angan dan harapan ,maka tidaklah di ketahui samada ia akan hidup pada esok atau tidak.

Semalam sebagai nasihat dan iktibar. Maka hari ini adalah ibaratkan qhonimah (rampasan perang,perjuangan) dan
esok adalah kebimbangan. Begitu juga bulan terbahagi kepada tiga iaitu: Rejab, Sya’ban dan Ramadan. Maka Rejab telah berlalu dan tidak akan kembali lagi pada tahun ini, Ramadhan sedang menunggu tetapi tidak di ketahui samada ia akan hidup sehingga bulan itu atau tidak dan Sya’ban adalah perantaraan antara bulan Rajab dan Ramadhan maka hendaklah merebut peluang untuk berlaku taat di dalam bulan ini.

Rasulullah pernah menasihati Abdullah Bin Umar Bin Khatab r.a

Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara iaitu
1)masa mudamu sebelum tuamu
2)masa sihatmu sebelum sakitmu
3)masa kayamu sebelum fakirmu
4)masa lapangmu sebelum kesibukanmu dan
5)masa kehidupanmu sebelum kematianmu
.


Sya’ban adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekelian alam .  Allah s.w.t menerima segala perkataan-perkataan yang baik- baik.  Perkataan yang baik-baik tersebut adalah kalimah ;
La illaha illallah , tasbih ; Subhanallahi walhamdulillah wala ila ha illallahu wallahu akhbar

Kelebihan malam pertengahan Sya’ban (Nisfu Sya’ban)yaitu malam Lailatul Baraáh
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Jika tiba malam pertengahan Sya’ban maka hendaklah menghidupkan malam itu dengan amal ibadat,berpuasa di siangnya kerana sesungguhnya Allah s.w.t turun pada waktu itu lantaran terbenamnya matahari ke langit dunia dan berfirman:Siapakah yang memohon keampunan maka aku ampunkannya ,siapakah yang meminta rezki maka aku akan kurniakan kepadanya rezki,siapakah yang di timpa bala aku akan melepaskannya adakah kamu…adakah kamu…(berturutan pertanyaan dari Allah s.w.t) sehinggalah terbitnya fajar suboh.

Allah membuka rahmatNya dengan seluas-luasnya pada malam pertama di bulan Rejab,malam pertengahan Sya’ban,malam aidil fitri dan malam aidul adha.Doa pada malam ini tidak di tolak sama sekali.Pada malam pertengahan Sya’ban hendaklah dibacakan surah yaasin sebanyak 3 x,
bacaan pertama: dengan niat untuk umur yang panjang Barokah
bacaan kedua: dengan niat untuk mengangkat bala..jauhkan dari bala
bacaan ketiga: dengan niat untuk merasa cukup…kemurahan rezki(tidak meminta- minta dari manusia ataupun makhluk
)
Bulan Sya’ban adalah bulan selawat ke atas nabi s.a.w yang terpilih
.
Maka banyakkanlah berselawat ke atas Rasulullah s.a.w di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini di sisi Allah s.w.t

Istighfar
Banyakkan bertaubat di malam tersebut lantaran ianya dipenuhi oleh keampunan dan rahmat Allah s.w.t.
Beristighfarlah dengan siqhah-siqhah istighfar yang diwarisi dari Rasulullah s.a.w. Antara istighfar yang dianjurkan membacanya adalah seperti berikut:
Astaghfirullah azima Waatubu illaih
: maksudnya;
Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Besar dan aku bertaubat kepadaNya. begitu juga memohonlah istighfar(keampunan) kedua ibubapa:

Rabbiq Firli Waliwalidaiyah Warhamhuma Kama Rabbayani Syori rah
Maksudnya : Tuhanku ,ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka telah memeliharaku dan mendidik aku sejak dari kecil lagi.

Begitu juga pohonlah keampunan untuk kedua ibubapa,diri sendiri,orang-orang Islam lelaki dan wanita dan orang-orang yang beriman lelaki dan wanita samada untuk mereka yang masih hidup ataupun yang telah mati.

Barangsiapa yang membaca wirid di bawah akan memperolehi pahala seolah -olah telah berada selama seribu tahun;
La ilaha illallahu wala naqbudhu illa iyahu muhlisyina lahuddina walau karihalkafiruun
. Maksudnya Tiada Tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan akan Dia dengan keikhlasan kepadaNya demi untuk agama yang teguh walaupun orang-orang kafir itu benci.
Semuga kita sama -sama beriman dan bertaqwah kepada Allah s.w.t .di bulan yang penuh Keberkatan dan Barakah ini.Sentiasa mendapat keampunan dan rahmat serta taufiq ,hidayah dariNya, Insya Allah..

Salam

Ustadz Muhammad Budiono Al Amin

About these ads

Satu gagasan untuk “BULAN SYA’BAN”

Apa Komentar Akhi - Ukhty

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s